Minds UMP 09/10

Minggu induksi siswa 09/10 universiti malaysia Pahang yang berlangsung pada 28/6- 3/7/09..
Atau lebih dikenali dengan singkatan nama “MINDS”..
Selamat datang diucapkan kepada adik-adik,tahniah kerana anda telah bergelar mahasiswa-mahasiswi universiti.
Alhamdulillah,dan bersyukur ke hadrat illahi kerana dlam  ratusan ribu lepasan SPM,matrikulasi,diploma yang memohon untuk masuk ke universiti,ANDA telah terpilih!
Gambar ini diambil semasa Raptai Perasmian Minggu induksi Siswa. Saya ditugaskan  untuk menjadi pembaca doa,MINDS kali ini akan dirasmikan oleh timbalan menteri KPT.. Semua warga kerja MINDS berusaha keras dalam memastikan program ini berjalan lancar. Maklumlah nk menjaga nama pihak universiti ,ini kali pertama MINDS diselia sepenuhnya oleh pelajar.Tahniah diucapkan!!

Menemu bual hadirin semasa menjadi pengacara malam asimilasi seni MINDS.
Menemubual Juri-Juri profesional.Sebenarnya saya menerima tugas sebagai pengacara solo malam asimilasi MINDS adalah beberapa jam sebelum majlis ini bermula..Maaflah kalo ade tersalah/terkasar bahsa kerana everything spontan.(no skrip) huhu..
Meminta VIP (Dekan HEP,Pengerusi MINDS, dan en Ramli.) memberikan komen kepada persembahan pelajar.

Berehat sebentar  bersama nescafe selepas mmastikan semua check point berjalan lancar. Saya juga diberikan tugas untuk  create satu modul Latihan Dalam Kumpulan(LDK). Berdasarkan pengalaman2 dulu,ramai student baru sesat (xjumpa bilik kuliah). Modul LDK 1 saya cipta dengan berkonsepkan jalan-jalan UMP (Bertujuan bagi memastikan pelajar-pelajar baru mengenal laluan laluan ke bilik kuliah,pepustakaan,dan bangunan-bangunan penting di universiti).

“Bersusah dahulu,bersenang-senang kemudian” -  berjalan ditengah panas terik mmg menguji tahap ketahanan mental dan fizikal pelajar . Fokus dalam mencari lokasi –lokasi yang telah ditetapkan bg kumpulan masing-masing.
Beratnya!! Mengangkat mee goreng,yg  sedia untuk dihidangkan. ”berat same dipikul,ringan sama dijinjing”
Memang dah adat duk kat dapur,boleh rasmikan makanan vip dulu..hehe..

Kuantan KL,kuantan KL!!..Pasport ade?huhu..
Pelajar –pelajar nie sedang siap sedia untuk diangkut ke lokasi gotong royong perdana sempena MINDS.

Mereka ni sedang menconteng bangunan sekolah..Vendalisme..ish2..

Program motivasi disekolah menengah.. Pelajar- pelajar baharu UMP memberikan motivasi,share pengalaman pertama kalo masuk ke universiti –sekaligus bergelar mahasiswa.
Menjadi warga kerja MINDS ini asyik makan je.. 4-5 kali sehari makan,berat badan dah bertambah?huhu..no komen..
Saya bertugas sebagai runner kali ini.kena alert dengan kehadiran vip..

Antara VIP yang hadir.. “Think positive ok,don’t judge by its cover.”

++++@@@@+++++

Akhir kata,MINDS kali ini mmg memberikan seribu satu makna dalam membentuk pengalaman baru sya…. harap maaf atas salah dan silap saya sepanjang menjalankan tugasan…Trima kasih kpada semua fasilitator!!..

Assalamualaikum,salam tarbiyah dan salam perjuangan..

Semaian bakti di bumi serambi Mekah..

Assalamualaikum dan salam tarbiyyah dari saya,panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana melimpahkan rahmat dan kasihnya kepada kita sehingga masih lagi mampu untuk bernafas pada hari ini…

10 april 2009 yang lalu ..

saya telah menjadi fasilitator utk program motivasi di sekolah menengah pangkal meleret, machang kelantan..

Pelajar-pelajar sana mmg bagus,happy dengan pelbagai aktiviti yg kita sama-sama lakukan.

Abang nk minta maaf ngan adik-adik kat sana,sbb mengaku dah mendirikan rumahtangga. Huhu,abang mmg suka bergurau camtue..tapi ramai yang percaya dan terus percaya bahwa mmg abang dah berkahwin.. mmg ada muka cam suami orang?ada muka cam bapa orang?no komen..hu2..

ini ada sedikit gambar-gambar semasa disana..

semasa menjadi juri untuk pertandingan melukis

best juga jadi juri nie,lukisan adik-adik semuanya “cantik”..hehe

Eh..xsedar plak ade orang amek gambo mase nie..Pandai tol paparazi,amek gambo xbg salam..huhu..

ade main games anak “mummy” ..hehe

Sesi Ldk bersama adik-adik..kongsi pengalaman,nilai sebuah pemberian..

Aktiviti Refreshment :Amboi gembiranya adik-adik nie..

Gambo nie diambil selepas kami makan,muka semuanya ceria slps makan..sukran kepada pihak penaja..hehe

____________@@@@_____________

akhir kate dari saya… all best.. whatever u do,do it until u reach the end..and make sure the end u’r hoping at..is the best ending u can ever done…u cant change the past,but u can change the future!! - gudluck in SPM 09

“Qudwah hasanah”

Assalamualaikum dan salam tarbiyyah buat seluruh umat islam,moga setiap cabaran dan dugaan yang menghujani kehidupan kita dapat membentuk akhlak terpuji,qudwah hasanah..

Pada 8/6/09 yang lalu saya telah menerima sebuah “hadiah” yang amat bermakna dalam hidup saya.

Terima kasih kepada pihak penganjur ” respected muslimah sponsorship” kerana sudi meminjamkan buku “catatan nik nur madihah”.. Alhamdulillah Sukran diucapkan.. Semoga beliau kan sentiasa dinaungi dengan kasih sayang Allah dan doa para malaikat. Insyallah..

Selepas solat isyak berjemaah dimasjid,buku “catatan nik nur madihah” dipinjamkan kepada saya.

Namun saya tidak punyai waktu yang banyak untuk memulakan penerokaan terhadap “keajaiban qudwah hasanah” yang terkandung didalam catatan ini.Kerana keesokkan harinya saya perlu menyiapkan projek SQL Business Inteligent untuk dinilai oleh pihak MDEC..

10 haribulan jun 2009 saya mendapat sedikit ruang waktu untuk melayari coretan nik nur madihah,saya mulakan “pengembaraan rohani” dengan lafaz bismillah.

Saya begitu kagum dengan sikap rendah diri,tawaduk,wara’,solehah yang dimiliki oleh adik nur madihah,kecekalan,sesungguhan cintakan ilmu menjadi tiket untuk beliau mencapai kejayaan sebanyak 20 A dalam spm.Dan sesungguhnya tiket kejayaannya itu dibajai dengan tarbiyyah yg utuh,disirami dengan solat qiam,solat hajat,dan solat istikarah ditambah nilai dengan solat dhuha,berpuasa pada hari isnin dan khamis. Lidah tidak putus-putus berzikir,berselawat dan doa-doa harian sebagai persiapan rohani bagi berhadapan dengan perjuangannya. Subhanallah,hebatnya “gadis besi” ini dalam berjihad menuntut ilmu dunia dan di warnai hubungan kuat dengan Allah. Ini bukan kisah para sahabat nabi.Ini bukan drama 18 tahun punya episod.Ini bukan watak solehah rekaan novalis islam.Ini kisah benar…

“menjadi qudwah hasanah(contoh tauladan yang baik) kepada tiga adikku yang sunyi tanpa ayah yang selalu dilautan”

Hairan bukan?Mungkin ada yang tidak mempercayai “wujudnya” gadis seperti ini yang mungkin hanya boleh kita dengari dalam kisah-kisah teladan para sahabat nabi.Dan lihatlah ternyata nikmat Allah itu besar dan luas,ia buka mata kita. Kekadang kita tidak mengetahui hidup yang dinikmati sekarang adalah lebih baik dari segolongan manusia yang tidak berkemampuan,miskin harta,rumah miskin,tapi jiwa mereka kaya dengan nikmat kesyukuran kepada Allah..Subhnallah,Alhamdulillah,Allahuakbar (3x)Kita pula bagaimana?

“hari pertama persekolahan,aku belajar menaiki bas dengan tambang pergi balik RM 3.50.Tidak ada rakan-rakan sekolah yang ku kenali.Sebelum masuk ke kelas,telah ku tekadkan bahawa semua manusia adalah sama:orang miskin,orang kaya semuanya berasal dari satu.Bapanya adam,Ibunya hawa,jadi tidak wajar aku terlalu merendah diri”

Setiap helaian muka catatan ini mampu untuk menitiskan airmata sesiapa sahaja yang membacanya.. pesan hukamah ”jika dalam masa 3 hari kamu tidak menangis,hati-hatilah itu adlh salah satu tanda hati telah mati”

Dan setiap helaian ini juga menyimpan segenap kegemilauan peribadi yang dimiliki oleh adik nur madihah.Disebalik kejernihan wajah muslimah,perwatakan tudung labuh,sopan dan rendah diri ini mempamerkan seribu satu kelebihan lain yang mungkin diluarkan pemikiran masyarakat masa kini.

Siapa kata dengan berimejkan muslimah tidak mampu mencapai kejayaan?siapa kata dengan kemiskinan ia tidak layak mengapai cita-cita? Alhamdulillah,adik nik nur madihah membuktikan bahawa segala itu mampu dikecapi,berlandaskan pengamalan ajaran islam beliau mampu tersenyum sekarang.Hebatnya gadis ini,kekentalan hatinya hebat,dalamannya hebat,akhlaknya terpuji.

Pada suatu ketika,nik nur madihah memerlukan kamus bahasa arab untuk pelajarannya.Tetapi beliau tiada duit untuk membeli kamus bahasa arab tersebut.Maka dia menyalin kamus bahasa arab tersebut,setelah meminjam kamus bahasa arab dari temannya…kita bagaimana?

Dia menyimpan 0.10 sehari untuk membeli buku rujukan/latihan…kita bagaimana?

Dia sentiasa risau akan khabar guru-gurunya,malah berjumpa dengan guru-gurunya semata-mata ingin bertanya khabar..Kita bagaimana?

Apa yang menambahkankekaguman saya adalah,beliau tidak sedikit pun rendah diri dengan suasana kehidupannya,ayahnya seorang nelayan,umminya seorang tukang sapu.Dengan berteduhkan rumah kecil beratapkan zink karat,berlantaikan dan berdindingkan papan yg dimamah usia.Wajahnya tetap tenang ketika mendampingi teman-teman di sekolah maahad muhammadi,Kelantan(Sekolah Elit Kelantan).Baiti jannati (rumahku keluargaku),nilai kekeluargaan yang sering dilupakan. Kata pujangga “biar miskin harta tapi kaya dengan budi bahasa”.

“Walaupun kita miskin,kita tidak sampai melarat,masih boleh mencicip makanan.Orang lain,ada yang tidak mempunyai tempat tinggal langsung. Maka anak-anak patut bersyukur!” pesan pak cik kamal kepada anak-anaknya. Iniberbekal pesanan ini,nik nur madihah terus utuh didalam mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepadanya.

“Rumah yang disewa ayah RM 90 sebulan sejak 14 tahun lalu uzur,itulah yang mencorakkan sifat tawakal dan redha dalam diri kami” tambah nik madihah.

Kerana seringgit,dirotan buat kali pertama?.

“hari itu,angin yang berpuputan diwajah ummi adalah angin tengkujuh.Dengan etok ditanganku,aku telah dipukul ummi dengan satu kata-kata,” mengapa,kak long beli etok banyak sangat?Ini sangat membazir,kita tidak selalu ada duit sayang”

Apa yang anda buat dengan seringgit ditangan anda semalam?harini?dan esok?hanya kerana seringgit..besarnya nilai seringgit bagi insan yang memerlukan..

Teringat saya kepada kata-kata isteri tok guru nik aziz, “janganlah sesekali meremehkan sebiji kurma,sepotong kek ataupun roti,secangkir air atau sehelai kain untuk orang yang memerlukan dan hidup sengsara. Kerana ia mungkin segalanya buat mereka untuk hari itu.”

Rugi kalau tidak membaca catatan ini…nak tulis panjang-panjang saya agak letih,dapatkan dipasaran sekarang atau pinjam dengan pepustakaan yg terdekat..

Amalan nik nur madihah ketika ingin menuntut ilmu

1)Doa sebelum belajar/sebelum membaca buku

2)Membaca Al-Fatihah

3)Membaca doa penerang hati

4)Membaca doa pembuka ilmu pengetahuan

5)Membaca ayat kursi

6)Membaca ayat seribu dinar

Profile Pelajar Cemerlang

Nama : Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal

Tarikh Lahir :25 / 9 /1991

TempatLahir : Hospital Besar Kelantan

Adik-beradik : 4 orang (anak sulung)

Kejayaan : UPSR (5A),PMRU (10A),PMR(9A),SMU (10A1),SPM(20A)

Email :nazir_dinie@yahoo.com

Nama sekolah : Maahad Muhammadi(P)

Persatuan: menjadi ketua usrah(naqibah)

Prinsip: “Hablu Minallah,Hablu Minannas”

Novel yang dibaca: advancer si peniup ney (Faizal tehrani),1515 (Faizal Tehrani),Tautan Hati (Fatimah Syarha Mohd Noordin)

Lain-lain : Menulis puisi,Suka makan Roti dll

Melayari Bahtera cinta solehah

Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada para sahabat,semoga sinar tarbiyah yang bersemadi dalam diri kita kian terserlah hari demi hari..Insyallah..

Beberapa hari yang lepas,saya baru sahaja selesai membaca sebuah novel karangan Habiburrahman El Shirazy terbitan Republika “Pudarnya pesona Cleopatra”.. Novel ini sememang hebat diolah dalam genre kisah kekeluargaan yang lebih menyentuh mengenai jalinan kasih sayang diantara si suami dan isteri. Yang menariknya apabila dikisahkan bahwa si bakal Suami sebenarnya tidak pernah pula menemui Si bakal Isteri,dan perkahwinan mereka dirancang oleh ibu bapa mereka dari kedua belah pihak.

Petikan dari Novel tersebut :“Ibunya Raihana adalah teman karib ibu waktu nyantri di Mankuyudan Solo dulu,” kata ibu. “ kami pernah berjanji,jika dikurniai anak berlainan jenis akan besanan untuk memperteguh tali persaudaraan. Karena itu Anakku,ibu yang telah hadir jauh sebelum kau lahir!” ucap beliau dengan nada mengiba.”

Dan setelah kedua - dua bakal suami isteri nie bertemu buat kali pertama,yang malangnya apabila si bakal suami tidak “jatuh cinta” kepada si bakal isteri walaupun bakal isterinya seorang yang cantik,sopan,dan juga solehah..dek kerana si bakal suami ini mngidam nak berumahtangga dengan gadis kelahiran Cleopatra.

Oleh kerana sikap “taat” si bakal suami kepada ibunya ,maka beliau mengahwini gadis tersebut walaupun ketika majlis perkahwinan ia seperti mayat hidup..Punyelah xsanggup nk mendirikan umah + tangga bersama gadis solehah itu…

Nak dijadikan cerita,mereka pon berkahwinlah..si isteri nie sopan dan halus orangnya..maka dilayannya si suami seperti menatang minyak yg penuh..sperti melayan bayilah kirenya..Semua kewajipan isteri kepada suami dijalankan dengan penuh taat ,sabar dan disuburi dengan kasih sayang seorang isteri kepada suami..tapi si suami pula melayan si isteri macam xrela je..jawab pon nak xnk.. Walaupun berdua didalam rumah mereka,namun sinar kebahagian yang diharapkan juga tidak kesampaian..Si suami cuba untuk mencintai isterinya namun xberdaya juga..macam makan xlalu.. Dan dihati si suami sibuk pikir nk berkahwin dengan gadis keturunan Cleopatra..sampai terbawa-bawa dalam mimpi.. aduihai..kesian si isteri solehah…

Lelaki yang xbersyukur betul..dah dapat isteri yang cantik,sopan,taat lebih indah pula apabila disinari ilmu agamanya yg juga tinggi..solehah..

“Sejak itu aku semakin sedih. Aku semakin sedih sehingga kau lalai untuk memperhatikan Raihana dan kandunganya. Aku hanyut meratapi nestapa diriku. Setiap saat nuraniku bertanya,” Mana tanggung jawabmu!” aku hanya diam dan mendesah sedih. “Entahlah, betapa sulit menemukan cinta,”gumanku pada nuraniku sendiri. Dan akhirnya datanglah hari itu. saat usia kehamilan memasuki bulan keenam. Raihana minta ijin untuk tinggal bersama kedua orang tuanya dengan alasan ke sana. Rumah mertuanya sangat jauh dari kampus tempat aku mengajar.jadi ibu mertua tidak banyak curiga ketika aku harus tetap hinggal dirumah kontrakan yang lebih dekat dengan kampus. Ketika aku pamitan Raihana berpesan, “Mas, untuk menambah biaya persiapan kelahiran anak kita, tolong nanti cairkan tabunganku! ATM-nya ada di bawah kasut. Nombor pinnya adalah tanggal dan bulan pernikahan kita!”

Nak tahu ending?hhuhu…kena baca sendirilah novel tue..Dapatkan gerai-gerai buku yg berhampiran sekarang..jgn tunggu sampai esok..

Perkahwinan merupakan sebuah pintu kerahmatan untuk hamba-hambanya yang beriman mendekatkan diri dengan maha pencipta, Allah s.w.t.. “cinta terbaik ialah cinta sepasang pengantin yang diredhai Tuhan dan didoakan ribuan malaikat yang menghuni langit..” Rumahtangga yang disemai dengan kasih sayang dan disuburi dengan cinta yang ikhlas kan diberkati oleh Allah..Buatlah bidadari syurga cemburu kasihmu berdua… Bagi yang bakal mendirikan rumahtangga,atau yang baru sahaja nak mencari pasangan..saya sertakan doa yang sesuai untuk dijadikan santapan rohani bersama..Insyallah..

“Ya Allah jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu..

Ya Allah Jika aku menikmati cinta KekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikamatan indahnya bermunajat di sepertiga Malam terakhirMu…

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMU,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru menusia kepadaMu..

Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU…Amin…”

pimpin PETAKOM bersamaku..

Assalamualaikum…Jadikan harini suatu tagisan diatas kesilapan yang dilakukan hari semalam,dan berdoalah untuk kebaikan pada hari esok..

Puas juga saya mengedit gamba barisan organisasi PETAKOM sesi 0809,Akhirnya siap juga..

“whatever u do,do it until u reach the end..and make sure the end u’r hoping at..is the best ending u can ever done…u cant change the past,but u can change the future” - make a future!!

Semoga PETAKOM kan sentiasa dirahmati Allah,semoga barisan PETAKOM dilimpahi kasih Allah,semoga persatuan yang ku pimpin ini disulami dengan kasih sayang,ukhwah yang erat,tarbiyyah yang utuh,dan taburi dengan perancangan yang lebih baik..hari demi hari..insyallah..amin..

Program Motivasi di Sekolah Rendah Cherating

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Moga-moga setiap helaan nafas yang tersimpul disinari dengan lafaz pujian-pujian kepada Allah s.w.t..

Program motivasi Sekolah Rendah Cherating anjuran MAMPAN(persatuan anak-anak pahang)..Pada 28/5/09 yang lalu,satu perjumpaan telah diadakan dengan semua fasilitator yang terpilih untuk sesi briefing mengenai program tersebut..Pada 29/5/09 satu sesi latihan telah diadakan,tp saya xdapat pergi sebab terlbat dengan khursus khas (sql BI 2005)..

tanpa latihan,praktikal..saya hadir pada 30/5/09 berbekal satu semangat untuk berbakti kepada anak-anak pahang.huhu..Bukanlah satu masalah besar sebenarnye,sbb saye mmg dah biase kena “on the spot” punyer program..

Alhamdulillah..Sampai diCherating tokpat membelanja rombongan fasilitator di gerai miliknya ..Dan sampai di sekolah sk Cherating kami disajikan dengan mee goreng,diwaktu tengahari pula nasi +ayam goreng pedas+sayur+tembikai+betik menjadi santapan kami..dan diwaktu petang kami meredakan perut dengan sandwich..terima kasih kepada pihak penaja (asyik makan je,xsempat perut nk rehat)haha…

Alhamdulillah,pengalaman lalu memberikan helaian ilmu dalam meng”organise” adik-adik sekolah.Syukur pada Allah dapat juga saya kongsikan ilmu yang saye perolehi dari khursus Transformasi bersama dato fadilah kamsah,ebit irwan,Pn rohani (Excel consultancy) dengan adik-adik.Mengenai rahsia tapak tangan,rahsia disebalik tarikh lahir,ilmu grahfology dan sebagainya.

Walaupun saya ter”blank” semasa berucap td,dan saya akan jadikan kekurangan yang ada sebagai titik tolak dalam memperbaiki kaedah dalam mengendalikan “mash lecturing”..

wardah bidadari Dari Timur?

Assalamualaikum..Sewaktu berbual dengan en azuwan di gerai makan,beliau memberikan cadangan supaya saya membaca novel yang bertajuk “bidadari ”n something ++. Saya kurang ingat tajuk penuhnya,perkataan yang saya ingat cumalah perkataan “bidadari”.

Beberapa hari lepas saya terlihat shout out skype seorang sahabat dan menyentuh sedikit pasal tajuknovel“bidadari dari timur”.

La tue juga saya search kat internet tajuk novel tersebut.“bidadari dari timur “ hasil nurkilan memoir isteri seorang pejuang (Datin tuan Sabariah Tuan Ishak) bersama seorang editor muda (Lli Sarah Annual Bakri) .

Wah pikirnya , mungkin inilah novel yang dimaksudkan oleh en azuwan tempoh hari.Saya sememang mengagumi aura kepimpinan Yang berbahagia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat bin Raja Banjar.Lebih –lebih lagi kalau dapat mengetahui rahsia kebahgiaan rumah tangga mereka dan kejayaan kewibawaan seorang pemimpin , mana mungkin saya akan lepaskan..

17/5/09..saya menyusun nekad untuk balik ke rumah, dah hampir satu sem xbalik rumah rasanya.Sambil itu mengajak sahabat saya untuk mencari buku tersebut.

Setelah kami berpusing -pusing disekitar taman tas dan jaya gading mencari kedai Dobi.Akhirnya kembali ke sebuah kedai dobi yang berhampiran dengan Tunas Mart (Memang tidak asing lagi bagi penduduk setempat sebagai “mall” untuk membeli barangan keperluan. Dan mungkin juga Pn Fauziah (Tinggal dikawasan Perumahan di belakang Tunas Mart)semasa muda-muda dulu,sebelum kahwin.

Skuter Suzuki memejut laju menuju ke destinasi,dan akhirnya Alhamdulillah sampai di Megamall kuantan.

Kami berdua masuk ke kedai buku POPULAR dan tercari-cari buku yang bertajuk “Bidadari dari Timur” ..Aduih,letih juga mencari dari bahagian novel agama,motivasi,remaja dan semua bahagian termasuk bahagian “best seller”. Namun xjumpa buku itu,tekad di hati disirami dengan kebijaksaan. “Orang-orang tua kata,kalo tak tahu nnti sesat jalan.Bertanya jika tak tahu” Lalu sayaberjalan menuju kepada seorang pekerja lelaki yang sibuk menyusun buku-buku baru. “Eh,buku itu ada,di rak motivasi bahagian belakang tu” ujar lelaki tersebut.

Mana eh,xjumpa-jumpa pom. “hmm..patutlah ada orang ubah kedudukannya,nak ambil ni.” Sepatutnya banyak lagi ini,sambung lelaki tersebut…

Diantara lontaran penyataan dan buah fikiran penulis yang dikagumi dari Novel yang berhalaman 107 muka surat ini.

Sabda Rasulullah s.a.w..

“Para pengasih akan dikasihi oleh yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang di Bumi maka yang dilangit akan mengasihanimu..”

“Seketika ,benak diterjak persoalan,beginikah agaknya yang dipanggil keindahan wanita Muslimah?Walau bertudung litup namun makin lama dipadang semakin terserlah kecantikkanya yang asli.”

“kurafakkan doa agar dapatlah kiranya bakal suamiku yang berpendidikan agama tinggi itu memimpin tangan ini ke jalan syurgawi dan hidup ini dilimpahi curahaasih saying seorangsuami yang bias menguntumkan kembang-kembang kebahagian….”

“Dasarhatiku terbina terumbu impian untuk membentuk keluarga sakinah,mawaddah dan rahmah dengan pimpinan seorang suami yang bakal menjadinakhoda bahtera keluarga”

“seandainya semua wanita ,seperti isteri hubaid ini. Tentulah aku lebih mengutamakan wanita berbanding lelaki-madah arab”

“harta benda yang dicari sama sekali tidak akan mampu membeli sebuah jiwa yang suci.Apatah lagi memberikan ketenangan hati dan kerukunan rumahtangga”

“..Maka dengan berpandukan kisah itulah aku dan suami sepakat sekadar meletakkan RM 1000 sebagai hantaran bagi sesiapa yang ingin memetik bunga di jambangan kami”

“cinta terbaik ialah cinta sepasang pengantin yang diredhai Tuhan dan didoakan ribuan malaikat yang menghuni langit..”

“janganlah sesekali meremehkan sebiji kurma,sepotong kek ataupun roti,secangkir air atau sehelai kain untuk orang yang memerlukan dan hidup sengsara. Kerana ia mungkin segalanya buat mereka untuk hari itu.”

Bagi pasangan-pasangan yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah mempunyai mahligai keluarga,novel ini amat sesuai untuk dijadikan ukuran sejauhmanakah tanggungjawab seorang isteri dan juga tanggungjawab suami..Novel ini lebih menyentuh isu seorang wanita muslimah yang mendirikan rumahtangga dengan seorang ulama yang berwibawa..

ayuh!! Belilah sekarang!!

kenali Diri melalui bulan kelahiran?

Assalamualaikum..

Disini saya nak kongsikan “personality analyst”
mengikut bulan kelahiran. Usahlah percaya sangat dengannya,namun ia boleh dijadikan rujukan dan sekadar pengetahuan.Kerana diri anda adalah siapa yang anda ingin tentukan,andalah yang mencorakkan warna akhlak dan amalan andalah.Jika baik hatimu maka baiklah akhlakmu dan  segalanya dan sebaliknya.Allahuallam…

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

erti sebuah kesempurnaan..

Assalamualaikum.

Pagi tadi dalam pukul 10.20 am,saya dan sahabat saya leakath zafran pergi ke sebuah gerai digambang untuk bersarapan. Zafran memejut laju skuternye sambil sekali sekala melayangkan pandangan memilih gerai yang menarik. Pagi itu tiada pilihan sangat,namun begitu kami melabuhkan kepenatan kami di sebuah gerai makanan yang agak sederhana  “cantiknya”.

semasa kami sedang bersarapan sambil membicarakan isu semasa surat khabar yang saya baca itu.Tetiba en azuwan (pensyarah) hadir dengan sebuah senyuman lalu terus menuju ke kaunter hadapan  untuk mengambil nasi berlauk. En azuwan berjalan menuju ke meja kami sambil memegang sepingan nasi dengan berlaukan ayam goreng,telur dan  sedikt sayur..

Bermulalah sembang-siur kami bertiga,dari hal isu semasa ,isu politik (perak),isu minyak bru dan sekali sekala mencelah pasal jodoh dan alam perkahwinan. “Pak mertua akan suruh kamu baca surah yasin sampai habis tanpa rujuk al-quran. Kamu kena hafallah” ujar en azuwan,apabila saya memperkatakan hasrat untuk mengahwini muslimah solehah yang bertudung labuh.

Kata en azuwan,awak jangan lihat yang cantik je,yang cantik belum tentu sesuai untuk dijadikan pasangan. Bermonolog sendirian saya,En azuwan mesti salah paham apabila saya memperkatakan pasal keluarga angkat saya yang mempunyai anak gadis yang cantik (akan mendirikan rumah tangga 26/5/09 dengan jejaka pilihan) ..Dan beliau memulakan bicara mengenai kecantikan dan kesesuaian pasangan.

Bagi saya, kecantikan itu adalah subjektif. Setiap individu menilai kecantikan itu dari segi yang berbeza.Sesuatu yang dinilai cantik oleh individu lain belum tentu cantik dari pandangan anda.

Ada orang lihat cantiknya wanita itu dari segi wajahnya,ada yang menilai cantik dari segi perwatakanya,dari segi pemakaian dan sebagainya.

Tetapi begitu ingatlah bahwa,setiap ciptaan Allah itu sememangnya cantik dan sempurna.Namun pandangan dan penilaian kecantikan itu dari segi yang berbeza,cantik bukan saja dilihat luarannya,namun perlulah dilihat dalamannya (yakni hati,imannya).Cantikkan hatimu,kecantikan dalamn itu akan terserlah dan lebih kekal.Sebelum en azuwan mengakhiri ceramah beliau yang panjang lebar ,sempat lagi meninggalkan pesanan..”Dalam umur 23 tu mmg sesuai untuk mendirikan rumah tangga”…

Allahualam..Takbir!!

Developing new career

Program bakti siswa anjuran Kelab Kebudayaan & Kelab Perpaduan dengan kerjasama HEP UMP.

Walaupun telah menyandang jawatan pengerusi Persatuan Fakulti,ianya tidak menghalang saya untuk menjadi peserta didalam program anjuran kelab-kelab lain. Pada 7- 10 mei saya berkampung di mukim lipat kajang dan menumpang kasih dirumah keluarga angkat yang kedua (yang pertama di cameron highland)..Seronok tol dapat main tarik upih,main tolak tayar,main gendong kawan dan pelbagai lagi sukan kampung..

First time main camtue,Dan pengalaman pertama saya disana apabila tertiba jadi moderator terjun.Menjadi moderator terjun dalam forum perdana hal ehwal islam yang membawa topik “kasih sayang antara anak dan ibu bapa”.Walaupun kali pertama,saya cuba yang terbaik utk program tersebut.Dua Orang ahli panel yang cukup hebat, Al fathil ust. Rujhan bin Razali (penceramah bebas di tv9,corong-corong radio dan juga bekas pegawai pusat agama islam Pahang). Dan ahli panel kedua Al - fathil Ust Tuan Sidek bin Tuan Muda (pensyarah pusat bahasa moden UMP). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga ke akhir rancangan.

“Awak asal mane? Orang Pekan yep . Orang pekan xmakan ikan patin,haha..nnti pak chu belikan ikan patin dan ikan talapia” ujar pak chu. Kali pertama dalam

sejarah hidup selama 22 tahun xpernah makan ikan patin dan ikan talapia,tetiba record saya tetap kalah dengan godaan ikan patin masak tempoyak asam pedas,dan ikan talipia goreng di kampung lipat kajang. Allahuakbar.

Malam santai seni merupakan acara kemuncak menjelang hari terakhir rombongan bakti siswa di temerloh. “safuan,nnti kau tolong buat aktiviti semasa kami tengah setting stage,audio dan sebagainya - takut audience bosan menunggu” ujar chot (Pengarah program Bakti Siswa Temerloh).Malam itu mula agak terlewat, pukul 9.30 malam baru mula,seharusnya start pukul 9.00 malam.Menjadi mc untuk malam SANTAI SENI mmg suatu cabaran untuk saya, tanpa skrip atau sebarang penerangan yang lebih terperinci saya mengalas tanggungjawab nie. Saya mmg segaja terima offer mereka utk menjadi mc kerana nk mencabar diri sendiri.Malam itu saya bergandingan dengan wahida (dak thn satu) - beliau lebih tahu pasal tentatif dan flow program pada malam tue…Saya plak just menjadi penghibur kepada audience time crew tgh setting kerja diorg..Malam tue juga saya kena tumbuk ngan pak wei (guru tomoi kg lipat kajang) haha,saya segaja panggil pak wei tuk beradu tenaga dengan saya atas pentas..TAkbir!!

« Previous entries